HARI KESEDARAN AUTISME HSNZ 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh bersama-sama dengan keluarga tercinta.
Entry kali ini adalah mengenai program BULAN KESEDARAN AUTISME yang diadakan pada 31 Mac 2022 (Khamis) di Kompleks Psikitiari, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunjung yang hadir ke booth kami berkenaan kelas Physical Robotic untuk kanak-kanak di JAZRO Robotic Academy. Kami akan membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mempelajari pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.
Tujuan utama kami adalah untuk memberitahu para pengunjung terutamanya ibu bapa tentang kelas Robo-therapy iaitu kelas khas bagi kanak-kanak autisme. Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan pada hari tersebut antaranya ialah persembahan dari kanak-kanak autisme, sukaneka dan penyampaian hadiah. Malah, booth JAZRO Robotic Academy dikunjungi oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) pada pukul 10 pagi.
Selain itu, kami memberi peluang kepada kanak-kanak yang berminat untuk mengawal robot Mbot dan bermain Mbot Maze Challenge di mana kanak-kanak harus mengawal robot Mbot dari garisan mula ke akhir.
Sementara kanak-kanak bermain robot Mbot, kami memberi penerangan kepada para ibu bapa dan menjawab segala soalan yang ditanya berkenaan kelas. Kami juga menjemput ibu bapa menulis nama dan nombor telefon di ‘Guest Book’ untuk dihubungi berkenaan Demo Class.
Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang sudi singgah di booth kami di program BULAN KESEDARAN AUTISME di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.
Kommentare