top of page

Free Trial Class Jazro

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai 'Free Trial Class Jazro'. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang program JAZRO, cara mengenali dan mempelajari robot Mbot.


Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadiri 'Free Trial Class Jazro'. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.



6 views0 comments

Comentários


bottom of page