top of page

'FREE JAZRO ONLINE CLASS' semasa PKP COVID-19

Updated: Jul 22, 2020

Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua..Semoga kekal ceria & sihat sentiasa insya Allah..Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan dapat hidup segar disamping keluarga tercinta.


Seperti yang kita tahu pada bulan Mac tahun 2020, seluruh Negara & dunia telah dikejutkan dengan pandemik Covid-19. Kementerian Kasihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan agar kita sentiasa berada di rumah dan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan #stayathome . JAZRO Robotic Academy telah mengambil langkah PROAKTIF bagi membantu pelajar sekolah mempelajari & mengenali dunia robotik & pengaturcaraan sewaktu tempoh PKP dengan mengadakan “Free Online Class semasa PKP COVID-19” sebagai alternatif kepada pelajar untuk tidak hadir ke kelas robotik di sekolah atau akademi.

Antara aktiviti atau program yang telah syarikat kami anjurkan sepanjang musim PKP adalah kelas Online yang berkaitan dengan Microbit & Halocode Session 1, Making Game with Mblock 5, Program Mbot with Mblock 5 dan banyak lagi. Aktiviti ini dapat menarik minat dan mengelakkan kanak-kanak daripada berasa jemu serta dapat mengurangkan mereka untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah sepanjang musim PKP dirumah.

JAZRO Online Robotic Class ini telah disertai ramai pelajar anggaran 40 peserta, dalam linkungan had umur 7 – 17 tahun. Jazro Robotic Academy menggunakan platform Zoom” sebagai medium pengantaraan untuk mereka berkomunikasi dan membincangkan aktiviti dan latihan yang telah mereka lakukan. Tenaga pengajar yang terlibat dalam menjayakan program “Free Class Online” adalah En Dzulfarqeish , En Syahir dan Cik Zatil.

Selain mengadakan aktiviti seperti membuat game atau sebagainya, pihak Jazro turut mengadakan beberapa pertandingan sepanjang musim PKP ini. Pertandingan ini dipanggil “Jazro International Online Robotic Competition (using Mbot robot)” dan telah disertai ramai pihak iaitu linkungan kanak-kanak. Peserta yang berdaftar akan mendapat BENGKEL ROBOTIK ONLINE PERCUMA (Tempoh 60 Minit) & diberikan 2 sijil / peserta.

Antara perkara-perkara yang peserta dapat pelajari semasa BENGKEL ROBOTIK ONLINE PERCUMA adalah dapat pelajari cara menggunakan perisian pengaturcaraan Mblock, Task tugas mudah untuk memprogram robot Mbot, perbincangan mengenai Pendidikan STEM / STEAM, Awareness Kesedaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kepentingan pengetahuan pengaturcaraan dan pengekodan untuk menyelesaikan cabaran bengkel.

Terima kasih & semoga berjumpa lagi. Salam sayang daripada kami.

62 views0 comments
bottom of page