Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ramadan Kareem. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta.
Entry kali ini adalah mengenai program robotik cuti sekolah iaitu Drone Coding Jazro yang diadakan di Kuantan. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara mengenali dan mempelajari robot drone.
Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot drone. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan drone, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk memasang drone dan mengawal drone menggunakan controller yang disediakan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadiri program Drone Coding Jazro. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.
Kommentare