Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua. Semoga anda sekeluarga sihat dan ceria sentiasa. Syukur ke hadrat ilahi, kita masih dapat menikmati udara segar serta melihat keindahan alam yang dikurniakan oleh sang Pencipta.
Entri kali ini adalah mengenai ‘do your :bit #futuretechtalents’ yang telah diadakan pada 15 Mei 2022, dengan kerjasama CYTRON, JAZRO, ELVIRA, TEGAS, dan KINABALU CODERS. Program ini berlangsung secara LIVE di Facebook Jazari Robot dan Youtube Jazro TV bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ianya diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dan guru sekolah tentang pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) selari dengan pembangunan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Micro:bit merupakan topik utama dalam perkongsian ini, di mana ia boleh menjadi pemangkin atau permulaan bagi mereka yang ingin mendalami ilmu pengaturcaraan, robotik, inovasi, dan lain-lain yang berkaitan dengan pendidikan STEM. Selain perkongsian tentang projek yang boleh dihasilkan menggunakan micro:bit, para panel juga berkongsi tentang kaedah dan aliran kerja yang perlu dilakukan dalam penghasilan atau penciptaan sesuatu projek STEM.
Sesi pagi berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Panel-panel yang terlibat dalam perkongsian pembelajaran STEM pada sesi ini adalah:
Mr Waris Candra dari Micro:bit Educational Foundation
Cik Nik Nurul Hajaratulaswat dari JAZRO Robotic Academy
Encik Idris Zainal Abidin dari Cytron Technologies
Cikgu Muhammad Taufiq Yahya dari SMK Kidurong, Bintulu, Sarawak
Cikgu Goh Kok Ming dari SJK (C) Chi Sheng 2, Perak
Encik Ts. Muhammad Shukri Ahmad dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Cikgu Mohd Azrul bin Che Mustapha dari MRSM Merbok, Kedah
Prof. Madya Ts. Dr. Ruzlaini Ghoni dari University College TATI
Sesi petang pula berlangsung pada pukul 2.30 petang hingga 5 petang. Panel-panel yang terlibat dalam perkongsian pembelajaran STEM pada sesi ini adalah:
Mr Arthur “eeckart” Raymond dari Kinabalu Coders
Cik Siti Zunaizah Zulkifli dan Cik Afifah Liyana dari TEGAS
Encik Izwan Hadi Zamzuri dari ELVIRA
Tiago Cauassa dari ControlBot, Brazil
Tahniah kepada semua yang menyertai ‘do your :bit #futuretechtalents’. Diharapkan dengan program ini, pelajar dan guru dapat mengukuhkan pengetahuan terhadap pendidikan STEM serta mendapat idea tentang bagaimana sesuatu projek dapat direalisasikan menggunakan micro:bit. Terima kasih dan kita jumpa lagi dalam program akan datang.
Comments