top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

Citobor bawa robot AI ke Malaysia



Pengetahuan dan maklumat mengenai robot dengan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia masih lagi kurang berbanding di China dan negara maju lain sehingga menjadikannya mengambil alih sebahagian daripada tugas manusia.


Kini, inisiatif syarikat tempatan, Citobor AI Robotic Sdn. Bhd. (Citobor AI) yang telah membuat kajian sejak lima tahun dalam bidang berpotensi itu menjadikan ia sebagai perintis di Malaysia dengan mena­warkan lapan jenis robot AI untuk kegunaan sektor awam, swasta, komersial dan juga keperluan individu.


Pengasas syarikat itu, Datuk Seri Steven Yong berkata, usahanya itu bertepatan pada masa kini khususnya impak Covid-19 telah menyebabkan banyak tugas manusia diambil alih oleh robot AI, selain tumpuan ke arah digitalisasi dan teknologi Revolusi Industri 4.0.

“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, potensi robot AI semakin penting, selain teknologi 5G yang bakal dimanfaatkan oleh rakyat tidak lama lagi,” katanya dalam sesi temu bual di pejabatnya di Puchong, Selangor baru-baru ini.


Bagi menggalakkan penglibatan lebih ramai tenaga kerja mahir, syarikat itu bekerjasama dengan sebuah kolej swasta. Pada masa sama, beliau menggalakkan mana-mana pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikatnya bagi mengembang dan mengukuhkan lagi industri tersebut.


KOSMO!: Boleh Datuk Seri te­rangkan mengenai syarikat Citobor AI Robotic (Citobor AI) Sdn. Bhd. dan pengalaman kerjaya sebelum ini? Steven Yong: Saya terlibat dalam bidang rekaan bangunan dan dalaman serta industri e-dagang. Syarikat Citobor AI mula beroperasi pada tahun ini dengan menawarkan segmen per­niagaan robot dengan kecerdasan buatan (AI) serta perkhidmatan berkaitan rumah pintar.


Mengapa Datuk Seri memilih bidang perniagaan yang berkaitan dengan robot AI? Perniagaan ini telah dimulakan sejak lima tahun lalu kerana syarikat induk iaitu U-Caring Holding Ltd telah terlibat dalam bidang internet kebendaan (Internet of Things atau IoT) dan Citobor AI dibangunkan sebagai salah satu cabang perniagaan yang akan menyokong bidang IoT. Selain itu, saya juga sering berada di luar negara seperti di China, Jepun dan Korea kerana urusan perniagaan. Di sana mereka telah ba­nyak menggunakan robot AI se­perti di lapangan terbang untuk mengambil alih tugas harian manusia.


Adakah robot AI akan me­ngatasi batasan pemikiran manusia pada masa depan atau adakah robot AI akan lebih bijak daripada manusia? Sesetengah saintis dan pakar berpendapat, robot AI akan menjadi lebih pandai daripada manusia. Pada pandangan saya, ia tidak benar kerana robot AI adalah ciptaan manusia dan ia sangat berbeza dengan kita. Manusia dilengkapi dengan pe­rasaan, emosi dan juga kreativiti ma­sing-masing. Menuju masa depan, robot AI diperlukan untuk menambah baik nilai kehidupan seseorang. -Kredit: Kosmo!


Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar robot? JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. klik link di bawah untuk maklumat lanjut:







23 views0 comments

Comments


bottom of page