top of page

Canva for Kids

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta. Entry kali ini adalah mengenai program 'Canva for kids' yang diadakan secara virtual. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara menggunakan canva sebagai seorang pereka grafik.

Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas bagaimana untuk menggunakan dan menguasai canva sebagai medium pereka grafik. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu rekaan grafik, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk membuat jadual kelas dan aktiviti dalam kelas dengan grafik yang sangat unik dan menarik.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadiri program canva for kids. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.

11 views0 comments
bottom of page