Hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon menjelang 2050 membuktikan kesungguhan untuk memacu pertumbuhan negara ke arah pembangunan lestari dan mesra alam sekitar. Isu perubahan iklim, kelestarian alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau perlu ditekankan untuk mencapai matlamat ini. Aspirasi bersepadu ke arah teknologi hijau dan neutral karbon akan meningkatkan daya saing negara pada peringkat global.
Teknologi hijau satu konsep luas. Ia merujuk teknologi mesra alam, tidak mencemarkan, boleh diperbaharui dan mempunyai nilai kecekapan tinggi. Ia amat penting untuk pelbagai bidang industri, pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan ekonomi mampan. Lima elemen penting dalam teknologi hijau - menjimatkan tenaga dan sumber asli, meminimumkan degradasi kualiti alam sekitar, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, menggalakkan penggunaan sumber boleh diperbaharui, serta selamat untuk digunakan - menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan.
Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau, ia memerlukan komitmen semua pihak. Institusi pendidikan terutama sekolah rendah dan menengah boleh memainkan peranan menyediakan generasi masa depan yang mempunyai pengetahuan teknologi hijau. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah daripada rebung'. Justeru, asuhan dan didikan untuk generasi muda cara terbaik untuk merealisasikan hasrat ini.
Pihak sekolah dapat memberikan maklumat kepada murid mengenai kepentingan, faedah dan kaedah amalan teknologi hijau yang boleh dilaksana. Dengan sokongan dan iltizam pentadbir sekolah dan guru, amalan teknologi hijau dapat diterapkan dalam diri murid. Aktiviti dan program yang dapat memupukkan minat dan kesedaran murid terhadap teknologi hijau seperti rakan alam sekitar, pembelajaran berasaskan projek serta pertandingan reka cipta dan inovasi.
Di samping itu, pertandingan melukis poster, mendeklamasikan sajak, menulis esei, pidato dan debat juga dapat melahirkan murid yang celik teknologi hijau. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan lawatan ke industri berasaskan teknologi hijau seperti ladang solar fotovoltaik, taman agroteknologi, stesen jana kuasa biojisim dan lain-lain. Agensi kerajaan dan swasta pula disyorkan membantu sekolah dengan mengadakan pameran dan memberi ceramah berkaitan teknologi hijau. Pihak sekolah juga disaran memperkasakan program 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula), membuat garis panduan untuk penjimatan air dan elektrik serta menghijaukan kawasan sekolah dengan pokok bunga dan buah-buahan. Program seperti ini sememangnya penting dalam mendidik tabiat sayang dan cintakan alam sekitar sejak di bangku sekolah lagi.
Selain itu, kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam semua mata pelajaran. Pengetahuan terhadap kepentingan teknologi hijau akan membentuk etika murid untuk menghargai alam. Guru dapat memberikan pendedahan dan memantapkan pemahaman murid tentang amalan teknologi hijau serta hubung kaitnya. Pada masa sama, sokongan dan dorongan ibu bapa penting bagi melahirkan generasi masa depan berjiwa dan berfikiran 'hijau'. Ibu bapa digalakkan mengasah minat dan bakat anak untuk menyertai pertandingan dan program berkaitan teknologi hijau. Kredit: Berita Harian
Tuntasnya, ibu bapa mestilah berganding bahu menyemai sikap dan amalan kelestarian alam sekitar dalam diri anak-anak mereka. JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar coding? sesi ini eksklusif untuk anak anda, Click link di bawah untuk maklumat lanjut:
Comentarios