Search
  • dzul farqeish

Bengkel Taklimat MakeX 2020 peringkat Negeri Terengganu

Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua..Semoga kekal ceria & sihat insya Allah..Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta.



Entry kali ini, kami ingin menceritakan tentang Bengkel Teknikal Makex 2020 Anjuran bersama Jazro, TD1303 Dan Telaga Biru di Negeri Terengganu (di TD1303) pada 9 March 2020 . Sejumlah 100+ pelajar & guru yang menyertai bengkel ini. Semua begitu teruja & seronok untuk mewakili negeri bagi MakeX 2020. Semuanya berkaitan tentang dunia sains & teknologi, memang sesuai untuk pelajar sekolah agar pelajar boleh berfikir secara logik, mereka cipta, menggunakan teknologi dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung ia boleh menyumbang kepada pembangunan sosial pelajar.



Alhamdulillah ramai pelajar yang turut serta dan belajar ilmu baru tentang Microprocessor Arduino. Papan pengawa Arduino ini adalah salah satu pembelajaran di sekolah menengah dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT). Pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mereka dalam 2 aspek iaitu kurikulum & ko-kurikulum di sekolah. Sebanyak 40+ unit robot Mbot disediakan untuk peserta bengkel ini..Beruntung bagi mereka yang merebut peluang ini. Selepas itu , sesi penerangan peraturan bagi Pertandingan Robotik MakeX 2020 oleh Global Certified Mentor by Makeblock China iaitu Sir Syahir.


Alhamdulillah bengkel sehari ini berjalan lancar & semua peserta dapat menangkap ilmu yang diajarkan. Tahniah & terima kasih kepada pihak Telaga Biru di atas sokongan dan kepercayaan kepada pasukan JAZRO.Terima kasih juga pihak TD1303 di atas kerjasama dan penganjuran di lokasi yang memang ‘awesome’ ini. Semoga akan berterusan program seperti ini di masa akan datang . Semoga dengan sedikit usaha dari kami dapat memberi tambah nilai kepada pelajar- pelajar dan menyebar luas lagi ilmu pengaturcaraan & ilmu Microbit kepada generasi muda masa kini. Semoga kita berjumpa di lain masa. Jazakallahu Khairan Kathira.

Assalamulaikum & jumpa lagi. =)








4 views
fb-06.png
yt-06.png
ig-06.png

Newsletter Signup

Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, Malaysia

© 2020 JAZRO Copyright. All Rights Reserved.