top of page

BENGKEL PENULIS STEM


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog entry kali ini.Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti untuk beberapa perubahan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.


Pada kali ini, JAZRO Robotic Academy telah menjalankan satu bengkel iaitu Bengkel Asas Robotik pada 20 April 2022 (Rabu) di Hotel Raia, Terengganu. Bengkel ini adalah mengenai perbincangan antara jawatankuasa dan fasilitator iaitu penulis Modul Kembara STEM. Program ni dimulakan dengan perbincangan jawatankuasa pada pukul 10 pagi selama satu jam. Seterusnya, taklimat diberikan kepada para fasilitator dan diteruskan kepada perbincangan antara fasilitator dan jawatankuasa.


Setiap peserta yang menyertai bengkel ini mendapat satu Modul Kembara STEM sebagai rujukan sepanjang bengkel ini berlangsung. Terdapat 5 modul dan kami dikehendaki menerangkan modul yang kelima kepada fasilitator yang lain. Fasilitator yang lain memberi penjelasan yang cukup jelas berkenaan empat modul yang lain. Pihak kami, JAZRO Robotic Academy telah menerima satu pengalaman yang baru dari semua pihak.


Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menyertai Bengkel Penulis STEM. Kami harap semua pihak dapat menggunakan ilmu yang dikongsi sepanjang bengkel ini untuk kebaikan masyarakat dan negara kita dengan menggunakan Modul Kembara STEM. Semoga dengan bengkel ini dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih dan semoga kita dapat berjumpa lagi di program lain. Insha Allah.



30 views0 comments
bottom of page