top of page

Bengkel Microbit bersama PSKT

Assalamualaikum & Salam sejahtera anda semua..Entry kali ini, kami ingin menceritakan tentang program kolaborasi pertama kami bersama PSKT pada 16 Februari 2020.



Anda tahu apakah PSKT? PSKT adalah Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) yang terletak di Kg Laut Chendering, KualaTerengganu, Terengganu. Siapa yang tidak pernah ke sini lagi? Rugi kalau orang Terengganu tapi tidak pernah berkunjung ke sini, pelbagai galeri ilmu yang disediakan di sini. Semuanya berkaitan tentang dunia sains & teknologi, memang sesuai untuk pelajar sekolah melawat tempat yang menambahkan ilmu ini. Penuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Berbalik kepada bengkel Microbit ini, bengkel ini adalah program kolaborasi pertama di antara JAZRO-PSKT. Bengkel ini memfokuskan kepada pengajaran 'Microprocessor' Microbit untuk 'Science Communicator' atau ScienceComm PSKT. Seramai 10 orang ScienceComm telah datang belajar ilmu Microbit dari peringkat 'Beginner' ke 'Advance'. Bengkel ini telah diajar oleh seorang yang pakar dalam bidang pengaturcaraan, seorang pensyarah dari UCTATI. Terima kasih diucapkan kepada beliau atas kepakaran yang disumbangkan ini.



Selepas ini, pelajar yang datang mengunjungi PSKT boleh belajar Microbit di sini. Kakak & abang ScienceComm akan membantu adik-adik untuk membuat pengaturcaraan Microbit di Galeri STEMEC, PSKT.

Alhamdulillah bengkel sehari ini berjalan lancar & semua peserta dapat menangkap ilmu yang diajarkan. Tahniah & terima kasih kepada pihak PSKT atas kepercayaan yang diberikan. Semoga dengan sedikit usaha dari kami dapat memberi tambah nilai kepada ScienceComm PSKT dan menyebar luas lagi ilmu pengaturcaraan & ilmu Microbit kepada generasi muda masa kini. Semoga kita berjumpa di lain masa. Jazakallahu Khairan Kathira.


Assalamulaikum & jumpa lagi. =)

79 views0 comments
bottom of page