Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga kekal ceria & sihat insya Allah. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti untuk beberapa perubahan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.
Pada kali ini, JAZRO Robotic Academy telah menjalankan satu bengkel iaitu Bengkel Asas Robotik pada 28 Mei 2022 (Sabtu) di Astana Optometri, Paka. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyerlahkan lagi kemahiran pelajar yang menyertai program ini. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam yang bermula pada pukul 1 petang sehingga 3 petang.
Pada hari Sabtu lepas, seramai 3 orang kanak-kanak telah menyertai bengkel ini. Mereka telah diberi satu aktiviti iaitu memasang robot Mbot yang dileraikan dengan mengikut kertas manual yang diberi bersama robot tersebut.
Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada kanak-kanak yang berjaya menyertai program yang diadakan oleh kami, JAZRO Robotic Academy kali ini. Kami harap kanak-kanak dapat menggunakan ilmu yang dikongsi untuk kebaikan masyarakat dan negara kita. Semoga dengan program ini dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih dan semoga kita dapat berjumpa lagi di program lain.
Comments