BENGKEL ASAS ROBOTIK - KUANTAN

BENGKEL ASAS ROBOTIK - KUANTAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga semua kekal ceria dan sihat. Pada tahun ini telah banyak aktiviti telah dijalankan oleh JAZRO Robotics Academy untuk mendedahkan kepada semua pelajar yang kami panggil sebagai Jazarian tentang pendidikan Robotik, STEM dan Inovasi.



Pada 3 Julai 2022, JAZRO Robotics Academy telah melaksanakan satu Bengkel Asas Robotik (BAR) yang bertempat di Kuantan. Banyak aktiviti telah disusun oleh pihak JAZRO Robotics Academy bagi mendidik Jazarian dalam bidang-bidang yang amat penting pada zaman globalisasi ini iaitu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Adakah semua ingin tahu apakah aktiviti tersebut? Mari kami kongsikan aktiviti dan apakah yang dipelajari semasa aktiviti itu dijalankan.




Aktiviti pertama yang dijalankan oleh JAZRO Robotics Academy adalah taklimat dan memasang Mbot. Adakah semua tahu apa itu Mbot? Mbot adalah Robot Pembelajaran yang khas dicipta untuk memberi pendedahan awal berkaitan Robotik kepada pelajar. Jazarian telah diberi taklimat dan blueprint (manual memasangan) Mbot untuk dijadikan panduan untuk memasang Mbot supaya Mbot dapat beroperasi dengan baik. Banyak masalah dapat diselesaikan oleh para tenaga pengajar semasa proses pemasangan dijalankan. Hal ini menunjukkan pendidikan dalam bidang Robotik, STEM dan Inovasi masih kurang dititikberatkan oleh semua pihak.








Seterusnya, para Jazarian diberikan satu cabaran yang perlu diselesaikan menggunakan Mbot yang telah dipasang. Untuk menyelesaikan cabaran tersebut, para Jazarian perlu mempelajari pengaturcaraan (coding) bagi menyelesaikan cabaran yang diberikan. Cabaran yang diberikan memerlukan para Jazarian mengerakkan, menyalakan LED dan mengaktifkan bunyi Mbot.





Kesimpulan dari Bengkel Asas Robotik ini, para Jazarian telah mempelajari ilmu robotik, STEM dan inovasi dengan menggunakan Mbot yang dibekalkan oleh JAZRO Robotics Academy. Terima kasih diucapkan kepada semua para Jazarian kerana telah mengikuti Bengkel Asas Robotik ini. Kami harapkan dengan ilmu STEM, Robotik dan Inovasi yang telah dikongsikan kepada para Jazarian dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan diatas. Untuk yang tidak dapat mengikuti atau mahu menyambung lagi pembelajaran dalam STEM, Robotik dan Inovasi, boleh hubungi +6018-5778242 atau layari jazro.com.my. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi.


4 views0 comments

Recent Posts

See All

Assalamualaikum & Salam Sejahtera everyone 🙋🏻‍♂️ Alhamdulillah, October 2022 filled a lot of exciting programs and events with JAZRO 🥳 Now, let's look at our progress & update for October 2022 🚀🚀