top of page

Bengkel Asas Robotik Gong Badak & Dungun


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta. Entry kali ini adalah mengenai program bengkel asas robotik yang diadakan di Gong Badak & Dungun. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara mengenali dan mempelajari robot Mbot.


Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadiri program bengkel asas robotik. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.





4 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page