AUTISM ROBOTIC COMPETITION
Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca entry blog JAZRO. Semoga kekal ceria & sihat bersama keluaraga tersayang. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti untuk beberapa perubahan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.
Pada kali ini, JAZRO menganjur satu pertandingan iaitu Autism Robotic Competition. Pertandingan ini merupakan pertandingan yang diadakan khas untuk kanak-kanak Autism yang berlangsung pada hari Rabu, 14 Mei 2022. JAZRO sangat berbesar hati menerima peserta seramai 3 orang pada hari pertandingan. Sebelum pertandingan bermula, JAZRO memberi sedikit pendedahan berkenaan JAZRO Robotic Academy dan peraturan bermain.
Peraturan bagi pertandingan sangat mudah. Para peserta dikehendaki memasukkan objek sebanyak mungkin ke dalam gol dalam masa 5 minit dengan menggunakan ‘Bluetooth Controller’ untuk mengawal Mbot. Peserta yang paling banyak memasukan objek ke dalam gol akan menjadi pemenang. Para peserta sangat bijak dalam mengatur strategi dan juga masa dalam pertandingan ini.
Tahniah diucapkan kepada juara pertandingan Autism Robotic Competition kali ini dan tahniah juga kepada semua peserta kerana berani mencuba dalam pertandingan. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini diberikan sijil penyertaan. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam program yang akan datang. Terima kasih kerana menyertai pertandingan kali ini.
Commentaires