top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

5 TIPS KURANGKAN KETAGIHAN GADGET ANAK

Risau? Runsing dengan anak-anak yang asyik menghadap Ipad, tablet atau smartphone? Jangan risau, lumrah zaman ini zaman mereka, zaman teknologi kata orang. Jadi, anak-anak pastilah terdedah dengan pelbagai gadget dan dunia siber. Tidak boleh dielakkan. Walau kemana sahaja, mereka pasti akan didedahkan dengan kecanggihan teknologi. Cuma, sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita buat ialah mengawal atau menghadkan aktiviti mereka agar tidak sampai ketagihan. Tips yang bakal dikongsikan ini perlulah anda sesuaikan mengikut umur anak-anak anda, tapi jika anak anda berumur bawah 5 tahun, kesemua tips ini boleh anda terapkan bagi mengawal ketagihan terhadap gadget.


1. Tunjukkan tauladan kepada anak.




Tips yang ini adalah satu pengorbanan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa mahupun orang dewasa yang berada disekitar anak tersebut. Semua sedia maklum, anak-anak terdidik melalui apa yang mereka lihat dan perhatikan disekeliling mereka. Jadi, kurangkan “memegang” smartphone dan gadget anda juga. Hadkan juga penggunaan seperti di meja makan, sewaktu bersama-sama keluarga. Insyaallah sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak anda melepaskan ketagihan mereka. Kepimpinan melalui tauladan kan?


2. Banyakkan komunikasi dan melayan percakapan anak




Ini perkara paling penting yang harus anda dan pasangan lakukan untuk mengurangkan ketagihan anak terhadap gadget. Lumrah insan inginkan teman untuk meluah rasa hati, berkongsi cerita dan mendengar pendapat orang lain. Mereka tidak akan dapat semua ini jika hanya menghadap gadget! seimbangkan keperluan jiwa dan emosi mereka agar sama dengan keperluan asasi mereka. Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak akan meransang perkembangan minda dan melahirkan kanak-kanak yang bijak. Percayalah, gadget boleh menjadikan mereka tidak mempedulikan persekitaran dan juga menimbulkan rasa “selfish” jika ketagihan. Ajak mereka menyuarakan apa yang sepatutnya, walaupun hanya bercerita tentang apa yang mereka lalui disekolah, ataupun cerita tentang mereka bermain bersama kawan-kawan. Jadilah pendengar setia mereka dan selitkan dengan nilai-nilai murni dalam komunikasi kita. Lama kelamaan, mereka seronok berkongsi cerita dan meninggalkan sedikit demi sedikit gadget.


3. Tegaskan dan terangkan bahawa gadget itu BUKAN milik anak.


Jangan sekali-kali maklumkan bahawa gadget ini adalah pemberian kepada mereka atau kepunyaan mereka. Sekiranya mereka rasa berkuasa keatas gadget tersebut, maka akan susahlah untuk mengawal aktiviti mereka dengan gadget. Terutama sekiranya mereka tahu bagaimana untuk “Lock dan unlock” atau memasang “password”. tips ini sangat penting. TEGASKAN bahawa gadget itu bukan kepunyaan mereka.


4. Sepakat dengan pasangan untuk hadkan waktu penggunaan.


Hadkan penggunaan gadget pada mereka. Sebagai contoh 2 jam sahaja untuk satu hari. Boleh juga tetapkan sebagai ganjaran jika mereka membuat kebaikan atau mematuhi arahan anda. Perkara ini haruslah dibincangkan bersama pasangan, kerana ibu bapa harus memberikan ketegasan yang sama. Apabila anak tidak mematuhi peraturan, jangan ada pula salah seorang berlembut hati “biarlah dulu…nanti dia berhentilah…” sedangkan seorang lagi bersungguh mahu membentuk 'si anak' akan rasa ada orang mempertahankan kelakuannya, dan rasa apa yang dilakukan itu betul. Big NO!

Selain itu, hadkan juga waktu yang sepatutnya mereka menggunakan gadget. Bukan bila-bila masa mereka suka. Hadkan tempat dan waktu mereka boleh memegang gadget dan waktu bila ia menjadi larangan.


5. Alih perhatian anak kepada aktiviti yang lebih menyeronokkan.


Selain gadget, pasti ada perkara lain yang boleh memberi kegembiraan kepada anak-anak. Menurut kajian, aktiviti fizikal diluar rumah lebih menarik minat mereka. Jadi, divert ketagihan mereka kepada aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti berbasikal dengan kanak-kanak lain. Yang penting mereka ada kawan untuk bermain dan melupakan gadget sebentar. Gadget hanya menjadi “teman” dikala mereka tiada aktiviti.




Di JAZRO, anak-anak seawal usia 5 tahun dibantu untuk tingkatkan daya fikir dan kemahiran komputer mereka. Klik link untuk maklumat lanjut:





122 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page