top of page

PAMERAN ROBOTIK DI DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU

Updated: Jun 18, 2022


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria selalu. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana masih boleh hidup segar bersama keluarga tercinta. .Aktiviti program kali ini adalah mengenai program Pameran Robotik yang diadakan di Drawbridge , Kuala Terengganu pada 20 Mei 2022 hari Jumaat . Kami mengadakan program ini di mana kami memberi pendedahan kepada pengunjung untuk mempelajari tentang robotik dan aktiviti Permainan mengunakan Robotik . Kami akan membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mempelajari pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.


Justeru itu , pada program Pameran Robot ini turut dipamerkan Robot-Robot yang dibawa khas dari Jazro Robotic Academy TD1303, Kuala Terengganu dan JAZRO HQ di Bandar Seri Kerteh,Kemaman, Terengganu yang mana turut disertakan sekali informasi berkenaan robot tersebut yang dapat memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai Robot dan Fungsinya .


Selain itu, Pada Program ini dijalankan permainan JAZRO Football League (JFL) iaitu satu pertandingan bola sepak robot dijalankan secara santai . Pasukan yang berjaya menjaringkan gol dalam masa 3 minit, iaitu masa penuh perlawanan dan berjaya mengikut peraturan ditetapkan oleh pengadil akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan ini begitu menyeronokan & semua pengunjung sangat gembira dan teruja dapat belajar mengawal robot dan mengetahui bagaimana robot berfungsi .

Tahniah diucapkan kepada semua pengunjung kerana yang menghadiri program Pameran Robotik di DRAWBRIDGE , KUALA Terengganu yang telah berjalan selama seminggu . Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.

65 views0 comments
bottom of page